New Year Message

Malaysia SohSBDear colleagues and friends,As we say, “Goodbye,” to 2015 and usher in 2016,
I would like to say, “Thank You,” to all. As the New Year approaches us with the hopes, let us throw off all the disappointment, sadness, grudges, and the bad feeling with the end of the year.

May you be blessed with all the beautiful and wonderful things that life has to offer in 2016 and let the journey of life be full of successful milestones.Wish you and your family a very happy and wonderful New Year ahead.


Dengan sukacitanya saya ingin memaklumkan kepada semua Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja (PPCK) dan Jurupulih Perubatan Carakerja (JPCK), Akta AHP telah diluluskan oleh Dewan Negara pada 16 Disember 2015.

Sehubungan itu, semua PPCK & JPCK di Malaysia perlu berdaftar secara atas talian (on line) dan mendapatkan Annual Practice Certificate (APC) bagi menjalankan tugas-tugas klinikal. Ini termasuk semua PPCK & JPCK yang bertugas di Hospital KKM, Pusat Perubatan, Hospital Swasta, Institusi Kerajaan & swasta, Pusat Rawatan Swasta dan freelancer.

Secara ringkasnya, semua PPCK & JPCK yang menjalankan tugas-tugas klinikal dan melibatkan pengurusan pesakit perlulah berdaftar. Sekiranya tidak, anda akan didakwa kerana melanggar akta AHP ini.

Bagi mereka yang belum lagi berdaftar, Tuan/puan boleh mulakan pendaftaran di lawan web AHPsystem.moh.gov.my

Pada peringkat ini, tuan/puan hanya perlu mengisi dan simpan maklumat peribadi yang diperlukan dalam sistem dan bayaran masih tidak perlu disertakan. Ini kerana Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (BSKB), Kementerian Kesihatan Malaysia masih lagi dalam peringkat percubaan dan pengumpulan data. Pihak BSKB, KKM akan mengeluarkan arahan selanjutnya prihal pendaftaran penuh dan bayaran. Semua pohon sabar ya!

Untuk makluman semua, Bayaran pendaftaran sebanyak RM 100 (sekali sahaja) dan Bayaran yuran lesen pengamal (APC) sebanyak RM 100 bagi setiap 2 tahun dengan bukti mata CPD sebanyak 30 mata bagi setiap tahun. BSKB dalam usaha mendapat pengecualian bayaran pembaharuan APC kepada PPCK & JPCK dari agensi kerjaan.

Dengan perlaksanaan akta AHP ini, hanya mereka yang memiliki kelulusan yang sah dan memiliki mata CPD yang mengcukupi layak berdaftar dan diberi APC. Oleh yang demikian, kualiti Perkhidmatan Pemulihan Carakerja di negara kita yang tersayang ini akan lebih baik dan terjamin.

Harap maklum.

Sekian

Terima kasih

Soh Say Beng
Presiden
Persatuan Terapi Carakerja Malaysia

One Response to "New Year Message"

Popular Posts

Latest News

Subscribe Newsletter