MALAYSIAN OCCUPATIONAL THERAPY ASSOCIATION
Persatuan Terapi Carakerja Malaysia
P.O Box 11715, 50754 KUALA LUMPUR
http://www.ot-malaysia.my
SEMUA AHLI,
PERSATUAN TERAPI CARAKERJA MALAYSIA.
Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/Tuan/Puan ,
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG (AGM) PERSATUAN TERAPI CARAKERJA MALAYSIA KALI KE-42
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
- Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Terapi Carakerja Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung (AGM) kali ke 42. Butiran dan maklumat mesyuarat adalah seperti berikut:
Tarikh : 26 April 2018 (Khamis)
Masa : 4.30 pm – 6.30 pm
Tempat : Riverside Majestic Hotel, Kuching, Sarawak
Agenda :
1) Ucapan Presiden OT Malaysia
2) Perbentangan dan Pengesahan Minit AGM ke 41
3) Perbentangan laporan tahunan 2017
4) Perbentangan laporan kewangan tahun 2017
5) Mambahaskan usul 2018
6) Perkara berbangkit & lain-lain hal
- Sehubungan itu, sukacita kami ingin menjemput semua ahli Persatuan Terapi Carakerja Malaysia untuk menghadiri mesyuarat agung pada tahun ini. Kesudian pihak Tuan/Puan untuk menghadiri mesyuarat ini amatlah dihargai dalam memajukan profesion Terapi Carakerja di Malaysia. Dimaklumkan bahawa mesyuarat AGM ini diadakan bersama-sama dengan Malaysian Occupational Therapists National Conference (MOTNC 2018 ).
- Pihak persatuan amat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang usul atau cadangan penambahbaikan yang boleh dihantar secara atas talian atau melalui email otmalaysiasecretary@gmail.com sebelum 15 April 2018. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Setiausaha Agung, Cik Rejina Maniam (012-6121984) atau Timbalan Setiausaha, Dr Zamir Daud (011-19277577).
Sekian. Terima kasih.
Saya yang benar,
(CIK REJINA MANIAM)
Setiausaha Agung ,
Persatuan Terapi Carakerja Malaysia.
Pendaftaran Persatuan: PPM-005-14-23091975
E-mail: otmalaysiasecretary@gmail.com