New Charge for Membership Fee

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
 
Untuk makluman semua, WFOT telah memperkenalkan PPM di mana keahlian individual WFOT dimasukkan bersama keahlian persatuan dengan hanya membayar yuran tahunan yang minimun. Untuk MOTA, Perkara ini telah diusulkan dalam AGM ke 42 di Kuching, Sarawak dan majoriti ahli telah bersetuju untuk mendapatkan keahlian WFOT melalui PPM. Oleh yang demikian, bermula dari 1 Januari 2019 terdapat perubahan yuran keahliah MOTA serta tarikh luput keahlian, di mana ia akan mengikut kelendar tahunan, bukan lagi berdasarkan tarikh lahir ahli. Butiran yuran keahlian adalah seperti berikut:-
 
Ordinary Member: RM75 (Include PPM WFOT)
Postage: RM10 (Untuk ahli baru yang ingin kad keahlian diposkan)
Student Member: RM35 (Include PPM WFOT)
Associate Member: RM60 (Include PPM WFOT)
Life member : RM1000
 
Pertambahan jumlah yuran ini adalah bagi membolehkan MOTA membiayai PPM WFOT pada tahun berikutnya. Pembayaran keahlian WFOT oleh persatuan biasanya berlaku pada bulan Januari seiap tahun. Di bawah PPM, semua ahli akan menikmati kelebihan keahlian WFOT. Untuk maklumat lanjut mengenai keahlian WFOT, sila melayari laman web persatuan di www.ot-malaysia.my
 
Sekian di maklumkan.
 
P/S: Kepada ahli yang membayar kos pengeposan kad keahlian, kad mungkin akan sampai dalam minggu ini atau minggu hadapan. Semoga anda semua meneruskan sokongan yang padu kepada MOTA. 🙂
Posted in Greeting  |  Leave a comment

Leave a reply

Popular Posts

Subscribe Newsletter