NOTIS MESYUARAT AGUNG KE- 43 (2019) PERSATUAN TERAPI CARAKERJA MALAYSIA

BIl 34 Surat Panggilan AGM MOTA 43

SEMUA AHLI,

PERSATUAN TERAPI CARAKERJA MALAYSIA.

Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/Tuan/Puan ,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG (AGM) PERSATUAN TERAPI CARAKERJA MALAYSIA KALI KE-43

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Terapi Carakerja Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung (AGM) kali ke 43. Butiran dan maklumat mesyuarat adalah seperti berikut:

Tarikh                   :               27 April 2019 ( Sabtu )

Masa                     :               10.30 am – 1.00 pm

Tempat                 :               Sky Ballroom, Palm Hotel, Seremban, Negeri Sembilan.

Agenda                 :            

  1. Ucapan Presiden OT Malaysia
  2. Perbentangan dan Pengesahan Minit AGM ke-42
  3. Perbentangan dan Pengesahan Laporan Tahunan Mei 2018 – April 2019
  4. Perbentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan Tahun 2018
  5. Membahaskan Usul dan Cadangan Penambahbaikan 2019
  6. Majlis Penghargaan Jawatankuasa Eksekutif 2017/2019
  7. Pembubaran Jawatankuasa Eksekutif 2017/2019 dan Perlantikan Exco 2019-2021
  8. Ucapan Presiden 2019/2021 dan penangguhan mesyuarat

Sehubungan itu, sukacita kami ingin menjemput semua ahli Persatuan Terapi Carakerja Malaysia untuk menghadiri mesyuarat agung pada tahun ini. Kesudian pihak Tuan/Puan untuk menghadiri mesyuarat ini amatlah dihargai dalam memajukan profesion Terapi Carakerja di Malaysia. Dimaklumkan bahawa mesyuarat AGM ini diadakan bersama-sama dengan Malaysian Occupational Therapists National Conference (MOTNC 2019 ).

Pihak persatuan amat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang usul atau cadangan penambahbaikan serta pencalonan Jawatankuasa Eksekutif MOTA bagi penggal 2019/2021 yang boleh dihantar melalui email asri.ct87@gmail.com sebelum 10 April 2019. Bersama-sama surat ini dilampirkan Atucara AGM ke-43 (Lampiran A), Borang pencalonan Jawatankuasa Eksekutif MOTA 2019/2021  (Lampiran B) dan borang usul dan cadangan penambahbaikan (Lampiran C). Kehadiran semua ahli amat dialu-alukan dan mohon untuk pihak YBhg. Prof /Dr/ Tuan/Puan bagi mengisi borang pengesahan kehadiran seperti di Lampiran A. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Timbalan Setiausaha, Dr Zamir Daud melalui email zamir_1225@yahoo.com .

 

Sekian. Terima kasih.

Saya yang benar,

CIK REJINA MANIAM

Setiausaha Agung ,

Persatuan Terapi Carakerja Malaysia.

E-mail: otmalaysiasecretary@gmail.com

 

Posted in ANNOUNCEMENT  |  Leave a comment

Leave a reply

Popular Posts

Subscribe Newsletter