Perutusan Presiden Sempena Hari OT 2017

Perutusan Presiden

Sambutan Hari OT sedunia Peringkat Malaysia

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Saya doakan semua OT di Malaysia sentiasa sihat dan cergas. Saya dan semua AJK OT-Malaysia 2017-2019 mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut hari OT kepada seluruh OT di Malaysia.

OT adalah profession yang mulia dan sedang berkembang dengan pesat di Malaysia dan seluruh dunia.  Oleh itu, semua OT di Malaysia di harap dapat mengambil kesempatan untuk memperkuatkan diri dengan ilmu dan skill amalan terkini bagi menyiapkan diri kita untuk berkembang sejajar dengan perkembangan profession di dunia.

Telah banyak perubahan dan peningkatan profession yang telah dicapai setakat ini.  Terima kasih kepada pejuang-pejuang OT sebelum kita, yang telah banyak berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan keselesaan pekerjaan, demi membangunkan profession kita hingga ke tahap sekarang.

Bagaimanapun, masih banyak lagi ranjau dan cabaran yang kita perlu hadapi bagi mengukuhkan profession seperti Akta Sains Kesihatan Bersekutu, isu perkhidmatan di peringkat kementerian, isu pendidikan dan akademik, penyelidikan dan banyak lagi, yang sedang diberi perhatian oleh pihak AJK OT-Malaysia.

Kita semua perlu bekerjasama dan mengukuhkan persatuan bagi menjadikan kita pasukan yang kuat untuk hadapi cabaran-cabaran dan memperjuangkan isu bagi pihak ahli dan profession.

Oleh itu, sempena sambutan hari OT 2017, saya menyeru semua OT di Malaysia, walaupun di mana anda bertugas dan di mana jua anda berada, silalah tampil untuk menjadi ahli dan menyumbang tenaga dan fikiran kepada Persatuan OT Malaysia demi masa depan kita dan profession OT di Malaysia di masa depan.

SELAMAT HARI OT kepada semua OT di Malaysia.

Dr. MOHD ZULKIFLI ABDUL RAHIM
President OT-Malaysia 2017-2019

Posted in Greeting  |  Leave a comment

Leave a reply

Popular Posts

Recent Posts

Subscribe Newsletter