Kuala Pilah World OT DAY 2017

        

Hari Terbuka Perkhidmatatan Pemulihan Carakerja telah diadakan pada 25 Oktober 2017 di Unit Pemulihan Carakerja, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Program ini bertujuan untuk mempromosi perkhidmatan pemulihan carakerja kepada pesakit di dalam disiplin ortopedik, pembedahan, kesihatan mental, kanak-kanak, kembali memandu untuk OKU, dan kembali bekerja.Terdapat juga program kesihatan awam serta saringan kesihatan. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah, Dr. Nor Fakhrul Azman bin Mohd Ali. Program ini bermula dari pukul 9 pagi sehingga 3 petang. Seramai 144 orang pengunjung datang untuk memeriahkan program ini terdiri daripada kakitangan hospital, kakitangan kerajaan (IPD, JKM, MAINS, JPJ dan lain-lain) serta orang awam. Program ini dimeriahkan lagi dengan pertandingan teka kacang, gerai jualan, serta ’indoor game’. Program ini mendapat sambutan yang amat baik. Adalah diharapkan agar program ini dapat menjadi program tahunan untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti perkhidmatan pemulihan carakerja.

 

 

Posted in Greeting  |  Leave a comment

Leave a reply

Popular Posts

Recent Posts

Subscribe Newsletter